Pages

Friday 20 May 2011

Kau Takdirku...{part 4}

* Sejak seminggu yang lalu..Pemilik blog telah menjadi 
peminat cupcake. Kalau ada sesiapa nak belanja pemilik blog sebiji cupcake,
beritahulah ye!!!!! Hehehehe




Aku sedang bersiap-siap untuk keluar makan malam sebentar nanti. Manalah pemandu aku ni? Dari tadi belum sampai. Aku sekadar mengenakan sehelai blaus dengan skirt labuh beserta sehelai tudung berwarna putih. Aku seorang yang sukakan sesuatu yang santai dan sempoi jadi, aku rasa tak perlulah aku mengenakan solekan yang terlalu tebal. Rimaslah! Kesian pada kulit aku ini sebab susah untuk bernafas. Hehehehe

Semalam Abang Hariz dah janji nak belanja aku makan dekat Chili's, Mid Valley. Dia kata nak bagi sesuatu padaku. Ini yang buat aku tidak sabar. Apalah agaknya,ya?

Masa terus berlalu. Sudah hampir setengah jam aku menunggu kedatangan Abang Hariz. Dah pukul lapan suku. Ini yang aku tak berapa berkenan. Tet..tet..tet.. Ada mesej baru masuk! Daripada Abang Hariz.


+ Sorry, dear! Plan malam ni, cancel.
- Laa..Kenapa pulak?
+ Abg ada kerja. Urgent sgt! 
- Oh, ye ke?? Ermm, takpe lah.. Take care.. : )
+ Abg minta maaf sgt ye! Sorry, sayang! (T_T)
- takpe..Maybe, next time. Ok?
+ Ok!! 

Alamak aii!! Perut aku dah lah tengah lapar ni. Perut ni memang aku sengaja kosongkan sebab nak makan banyak dekat Chili's. Tak sangka jadi macam ini pula. Nak masak? Aku malaslah. 

Kringg..kringg..kring.. Sekali lagi telefon bimbitku berdering. Aikk. nombor siapa pula ni?

"Assalamualaikum.." Salam dihulur daripada pihaknya.

" Waalaikumussalam.. Siapa ni?"

" Hai! Budak kecik!" Hahaha. Budak kecik??!! Dalam hidup aku, cuma ada seorang je yang memanggil aku dengan nama 'Budak Kecik'. Siapa?? Dialah abang kesayangan aku!! Abang aku yang sulung iaitu Hairul Syafiq. 

"Abang Syafiq!!!!" Aku menjerit memanggil namanya. 

Sungguh, aku sangat teruja kalau mendapat panggilan daripadanya. Seingat aku, lebih dari 4 bulan kami tidak berjumpa dan berhubung. Maklumlah, dia sibuk memanjang. Kadangkala, bila aku mengajaknya keluar, pasti dia akan mengatakan yang dia berada di luar negara. Kejap dekat Dubai, kejap lagi dekat Amsterdam. Oh ya! Abang aku berkhidmat sebagai juruterbang syarikat MAS. 

"Ish! Tak payahlah jerit-jerit. Sakit telinga abang!" Oppss.. Entah-entah dah berdarah telinga dia sebab dengar aku menjerit. 

"Sorry! Ada apa abang call ni? Nak belanja adik ke?" Aku berharap sangat agar dia menjawab 'ya'.

"Taklah.Kawan abang yang nak belanja! ." Terdengar gelak halus di hujung kata-katanya.

"Kenny Rogers je. Okey tak?" Bunyi macam seronok. Aku cuma pernah lalu depan kedai ni je. Nak masuk?? Kirim salamlah. Lebih baik aku makan dekat McDonald. Lagi berbaloi! Tapi kali ini, ada orang nak belanja, takkanlah aku nak menolak pula. Hehehe. Bab-bab makan ni, aku memang pantanglah nak menolak. Aku terima je.

"Okey sangat! Abang, adik ajak kakak adik sekali boleh tak?" Tiba-tiba aku teringat pula pada Kak Safi. Kasihan pula hendak meninggalkannya bersendirian.

"Sejak bila pula budak kecik ada kakak ni? Ummi tak pernah pula bersalinkan anak perempuan selain daripada adik." Soal abangku hairan. 

"Kakak angkat, adiklah! Boleh ye, bang?" Aku bersuara memohon simpati daripadanya.

"Ajak jelah. Bukan luak sejuta pun kalau ajak dia."

 Inilah yang membuatkan aku sangat menyayangi Abang Syafiq. Dia tidak pernah lokek dalam segala perkara. Baik dalam hal duit, ilmu pengetahuan dan lain-lain.
Dia jugalah yang banyak mengajar aku tentang erti kehidupan di dunia dan akhirat. Bukannya Ummi dan abah tidak mengajar semua perkara tersebut namun, Abang Syafiq yang lebih mengajar aku. Ini semua kerana dia yang paling dekat dengan aku. Ummi dan abah di kampung, abangku yang kedua iaitu Hairul Izhar bekerja di Manchester sebagai seorang arkitek manakala, abangku yang ketiga iaitu Hairul Luthfi masih lagi menuntut di Rusia dalam jurusan perubatan.

*****************************************
Puas aku memujuk Kak Safi untuk ikut sekali. Katanya malu dengan abangku dan kawannya. Alahai, Kak Safi! Kita nak pergi makan bukannya nak pergi parti liar. Lama juga aku hendak menunggu persetujuan Kak Safi.

Kami terlewat 15 minit dari waktu yang dijanjikan. Sebaik sahaja melangkah kaki di Kenny Rogers, mataku melilau mencari kelibat Abang Syafiq. Ahah! Aku dah nampak dia dengan kawannya. 

"Abang!" Sergahku dari belakang.

"Ish budak kecik ni! Main sergah-sergah pula!" Marah Abang Syafiq. Sengaja aku memuncungkan mulutku sambil menyalami tangannya.

Aku mengambil tempat di hadapan kawan Abang Syafiq, sementara Kak Safi duduk berhadapan dengan Abang Syafiq. Sengaja aku buat begitu. Nak kenenkan Abang Syafiq dengan Kak Safi. Dah sesuai tu, 'Syafiq dan Safi'

"Budak kecik, ni kawan abang. Nama dia...Syed Irfan Zafril." Aku sekadar tersenyum manis. Dia tersenyum kembali padaku. Subhanallah! Senyuman dia! Aku tak pernah melihat senyuman seperti senyumannya. Manis,menggoda, tulus dan...Haish! Semua adalah. Muka dia boleh tahan jugaklah. Sekali pandang macam muka Ashraf Muslim. Dua kali tengok macam campuran Arab dan Scotland lah pula.

"Apa kabar bang? Sihat?" Aku sekadar berbasa basi.

"Baik, Alhamdulillah." Jawabnya. Suara yang garau itu mampu sahaja  membuat aku gila bayang. Lembut dan menggoda.

"Abang, inilah kakak angkat adik. Kak Safi Rhaudah. Panggil Kak Safi je." Aku memperkenalkan Kak Safi pada Abang Syafiq.

"Cantik!" Terkeluar kalimah tersebut dari mulut Abang Syafiq tanpa disedarinya.

Tiba-tiba sahaja wajah Kak Safi merona merah. Alahai, malulah tu! Aku sangat berbesar hati kalau Kak Safi jadi isteri abangku dan ibu kepada anak-anak buahku.

Abang Syafiq leka memandang wajah Kak Safi. Dia tersedar tatkala mendengar gelakku bercampur dengan gelak Abang Zafril. Lucu kami melihat Abang Syafiq yang tidak sedar akan mata kami yang sedang memerhatikan tingkah lakunya. Aku pasti, mesti Abang syafiq dah tangkap cintan dengan Kak Safi.

 'Ya Allah, satukanlah mereka dengan ikatan yang sah.' Doaku di dalam hati.

Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Abang Syafiq ni, ta pandai langsung hendak mengawal mulutnya. Tak pasal-pasal Kak Safi malu-malu miooww.

Mataku ku alihkan kepada Abang Zafril. Gulp! Dia sedang merenungku. Karmila Rifqah! Jangan mudah terperdaya. Ingat! Kau tu dah ada Hariz Zahwan. Aku cuba beristighfar.

"Err, Abang Zafril! Bila nak mula makan ni? Perut Rifqah dah lapar ni." Aku cuba untuk menyedarkan abang zafril dripada lamunannya.

"Oh, ya! Sorry! Abang lupa pula." Dia sekadar tersengih-sengih.

"Apalah yang buat Abang sampai lupa ni? Ingat kat buah hati ye?" Aku sekadar menduga.

"Eh, tak adalah! Buat apa nak ingat pada orang lain kalau orang depan mata kita lebih comel dan menarik,kan?" Erkk, apa maksud mamat ni? Lantaklah, malas aku nak ambil berat.

Abang Zafril bangun daripada tempat duduknya dan terus menuju ke kaunter. Beberapa minit kemudian, dia kembali diikuti dengan Abang syafiq sambil membawa dua dulang berisi makanan. Dihulurkannya sepinggan Quarter 1/4 Black pepper chicken. Nampak macam sedap. 

Masa makan, aku sibuk dok menghadap makanan aku. Kalau masa makan, jangan haraplah aku nak pandang tempat lain. Jodoh lalu kat sebelah pun buat tak hirau je. Dalam hidup aku, makan ibarat belajar. Mesti fokus! 

Selesai makan, aku rasa macam nak mengetahui dengan lebih lanjut tentang Abang Zafril. Dia ni macam ada aura je. Walaupun ini kali pertama kami bertemu, namun, aku berasa sangat selesa dengannya. Langsung tidak kekok. 

Lagi satu perkara yang membuatkan aku tertarik dengannya adalah minyak wangi yang digunakan. Aku pasti, dia menggunakan minya wangi berjenama Dunhill. Aku sangat menyukai minyak wangi Dunhill. Minyak wangi tersebut dapat menunjukkan seseorang lelaki tersebut berperwatakan tenang, aktif, kacak dan bergaya. itu pandangan akulah, tak tahulah kalau orang lain.

"Abang dah lama berkawan dengan Abang Syafiq?" 

"Kami berkawan sejak kami belajar di akademi lagi." Oh! Maknanya Abang Zafril pun juruterbang lah ni.

"Eh, lama juga tu! Tak pernah pula Abang Syafiq cerita tentang abang." Aku menyedut minumanku.

"Buat apa nak cerita, kalau orang tak sudi nak dengar, kan?" E'eh, ke situ pula dia. 

"Belum cerita, macam manalah nak tahu kita nak dengar ke tak,kan?" Balas ku kembali. 

"Oh,ya! Abang anak dah berapa? Isteri dah berapa orang?" Soalku. Muka Abang zafril ni macam playboy je. Hahaha! Kalau boleh, semua lelaki aku nak cakap yang diorang playboy.

"Alhamdulillah..Buat masa ni masih belum ada anak. Isteri? InsyaAllah, tahun depan dapatlah seorang." Oh! Dah bertunang rupanya Abang Zafril ni. Hurmm, mamat handsome macam dia ni, siapa yang tak nak? Kalau boleh, aku pun nak! Ya Allah! Apa yang aku merepek ni?!

"OH, tunang orang lah ni, ya? Mesti tunang abang cantik orangnya kan?" 

"Mestilah! Sangat-sangat comel orangnya. Manja pula tu. Dia tu hantu cupcake tau!" Hantu cupcake?? Samalah dengan aku.

"Eh! Sama pula dengan Rifqah. Kalau abang nak belikan tunang abang, cupcake. Boleh tempah kat Rifqah." Aku mempromosikan bisnes baruku. Sudah 5 bulan aku bergiat dengan bisnes membuat cupcake.

"Rifqah buat sendiri?" Soalnya dengan riak sedikit terkejut.

"Yelah! Takkan upah orang pula. Apalah abang ni! Apsal? Abang ingat Rifqah tak pandai buat ke?" Jangan pandang sebelah mata tau! Kasar-kasar aku ni, aku tetap pandai perihal rumahtangga tau. Hehehehe

"Kalau macam tu, bolehlah abang belajar buat cupcake daripada Rifqah,ek?" Teruja sungguh Abang Zafril hendak menuntut ilmu daripadaku.

"Boleh je. Sebagai yuran, abang kena selalu belanja Rifqah, boleh?" Hahaha. Karmla Rifqah! Memang muka tak tahu malu.

"Small matter. Nak belanja Rifqah makan kat Secret recipe seumur hidup pun, abang tak kisah." Ujarnya tersenyum bangga. Uikkk, aku macam kenal je ayat dia. Tapi dekat mana ya? Hurmmm...


Nantikan Sambungannya..............

0 comments:

Post a Comment