Pages

Friday 20 May 2011

Kau Takdirku...{part 1}



Aku baru sahaja selesai berbual dengan ibu ditelefon bimbit. Ingatkan ibu telefon sebab rindu pada aku, rupa-rupanya dengan tujuan untuk menyuruh aku pulang ke kampung. Katanya ada saudara rapatku yang mengadakan majlis perkahwinan. Terkejut aku bila ibu menyatakan yang anak lelaki Wak Rahimah dan Wak Halim hendak mendirikan rumahtangga. Untuk pengetahuan, aku seorang gadis Jawa, jadi panggilan 'Wak'  sudah tidak asing lagi dalam hidupku.

Eh, lari cerita pula! Lega hatiku apabila ibu menyatakan bahawa anak kedua mereka yang akan mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah... Sebenarnya, err..aku meminati salah seorang daripada anak mereka. Sejak sekolah rendah lagi aku meminatinya. Sebab aku minat padanya adalah kerana dia pandai bermain bola sepak dan apa yang lebih penting, dia atlet badminton di sekolah dulu.

Setiap kali kami bertemu, pasti aku akan curi-curi memandangnya. Macam gatallah pula. Nak cakap macam mana ya? Aku sangat suka meneliti raut wajahnya. Wajahnya kacak ala-ala cina,bermata sepet dan berkacamata. Aku sangat tertarik dengan ketinggian yang dimilikinya. Sangat tinggi daripada ketinggian aku. Yelah, ketinggian aku hanya 163 cm sahaja.

******************************************

Aku sibuk memotong bawang untuk dijadikan rencah masakan. Sejak pukul lapan pagi lagi aku sudah bertandang di rumah Wak Rahimah ini. Yelah, nak ambil hati bakal mak mertua, kenalah tunjuk muka. Hehehe.
Tak adalah, sebenarnya aku kena paksa dengan nenek dan ibuku. Aku ingat nak datang tolong masa hari ahad je nanti tapi, tak pasal-pasal kena heret hari ni. Nak tak nak, kenalah juga ikut. Kakak sepupuku juga tiba-tiba sahaja memaksa aku untuk pergi sekali. Katanya supaya aku boleh menjadi temannya nanti. Entah apalah yang dia takut sangat sampai nak berteman-teman.

Haissh, tekak ni rasa hauslah pula. Aku terus meluru ke dalam dapur. Bersinar-sinar mataku tatkala melihat air teh o ais limau di dalam jag. Aku ambil gelas yang sudah ada di atas meja lantas menuang air ke dalam gelasku.

"Haus sangat ke??" Tegur satu suara.

"Ha'ah! Ada air teh o ais limau pulak tu." Ujarku tanpa menoleh ke arah suara tersebut.

"Untuk abang tak ada ke?"   Abang?? Abang mana pula ni? Perlahan-lahan aku menoleh ke belakang.

Gulp! Dialah! Macam manalah aku boleh tak perasan pula ni?! Malunya aku!

"Err..ada banyak lagi ni. Nak satu jag pun tak apa." Pantas tanganku menuangkan air untuknya lantas menghulurkan padanya. Tunjuk baiklah konon. Eh, aku memang baik apa!

"Terima kasih" Ujarnya lantas tersenyum manis. Abang Hariz, janganlah senyum macam tu. Ketaq lutut cek tau! Hehehe
Aku bangun untuk pergi ke singki. Belum sempat memulakan langkah, Abang Hariz menahanku.
"Eh, takkan dah nak pergi kot? Duduklah dulu." Hah? Apa kena dengan dia ni?

"Errr..Rifqah nak..."

"Duduklah dulu dengan abang. Tak kesian ke tengok abang duduk sini sorang-sorang?" Suara dan raut wajahnya seakan-akan memohon simpati daripada aku.

"Kejaplah. Rifqah belum habis cakap lagi. Rifqah nak pergi singki kejap. Nak basuh cawan ni." Serentak aku bangun membasuh cawanku.

Aku berjalan ke arahnya yang masih meneguk air di gelasnya. Matanya tidak lepas daripada memandangku.

"Siapa nama adik ek?" Soalnya tiba-tiba. Ternganga aku mendengar soalannya. Macam tak ada soalan lain je yang boleh ditanya.

"Nak nama masa sekolah tadika atau nak nama masa sekolah menengah?" Soalannya aku jawab dengan soalan.

"Kalau boleh dua-dua."

"Masa tadika, orang panggil Karmila. Masa sekolah menengah orang panggil Rifqah. Bila dah masuk universiti, baru sedar nama adik sebenarnya Karmila Rifqah." Jawabku sambil tersengih seperti kerang busuk.

"Main-main pula adik ni!" Mukanya dibuat-buat marah. Eleh, ingat aku takut ke?

"Betullah! Bila masa pula adik main-main ni?"

"Yelah,yelah. Habis tu nak panggil apa ni?"

"Suka hati abanglah. Nak panggil Siti Nurhaliza boleh, Ayu Rhaudah pun boleh juga." Jawabku dengan muka yang tidak berperasaan.

"Kalau abang panggil adik, Ayu Rhaudah. Boleh abang jadi Zaquan Adha?" Dia menghadiahkan aku dengan senyumannya yang menggoda. Ya Allah, kuatkanlah hatiku. Jangan sesekali kau lalaikan aku dengan senyumannya yang mampu menggoyahkan hatiku.

"Apahal pula abang nak jadi Zaquan Adha? Bukannya handsome sangat pun dia tu. Abang lagi handsome daripada dia!" Alamak! Apasal lah celupar sangat mulut aku ni? Tak pasal-pasal kembang hidung dia.

"Ya ke, abang handsome?" Uiikkk, ni macam soalan cepugangsa je. Cukup-cukuplah sekali aku cakap. Berapa kali aku nak ulang suara?

Aku sekadar mengangguk. Malas nak buka mulut sebenarnya.

Tiba-tiba aku terlihat kakak sepupuku yang tercegat di muka pintu. Mesti Kak Isma Nampak aku dengan Abang Hariz. Cemburu ke dia? Untuk pengetahuan pembaca, Kak Isma pun meminati Abang Hariz. Kadang-kadang aku tengok gelagat Kak Isma dah macam 'stalker' Abang Hariz. Lucu pun ada juga dengan perangai dia tu.

"Kak Isma! Marilah masuk. Minum sekali dengan Abang Hariz ni. Akak suka kan kalau ada Abang Hariz?" Usikku.

Kak Isma berjalan dengan lenggoknya sambil tersengih-sengih malu.

Mak aiihh! Tak segan sungguh kakak aku yang seorang ni. Aku sekadar menggeleng-gelengkan kepalaku.

"Ermm, Rifqah keluar dulu ya? Tak nak kacau daunlah. Kak Isma berbual-buallah dengan Abang Hariz. Manalah tahu, lepas ni giliran Abang Hariz dengan Kak Isma pula ke nak langsung majlis." Usikku sambil ketawa terkekek-kekek. Luar je ketawa, dalam hati ni. Allah jelah yang tahu.

Terkulat-kulat Abang Haris tatkala aku meninggalkan mereka berdua. Abang sepupuku, Fikry pernah memberitahu yang Abang Hariz tidak suka dengan Kak Isma. Katanya terlalu menggedik. Err, itu aku akui tapi, Kak Isma tu baik. Sebelum keluar, sempat mataku bertembung dengan mata Abang Hariz. Berdegup kencang jantungku. Cepat-cepat aku mamakai seliparku dan terus pergi ke khemah 'rewang'.


Nantikan sambungannya..........................

[ Rewang : gotong-royong/tolong-menolong ]

0 comments:

Post a Comment