Pages

Friday 20 May 2011

Kau Takdirku...{Edisi Hari Ibu}

E
Gambar sumbangan belas ihsan Pak Cik Google


Terkocoh-kocoh aku menutup pintu pagar rumah. Abang Syafiq ni! Sabarlah sikit. Dahlah banyak barang yang perlu aku bawa. Dah tak sabar sangatlah tu nak bertemu dengan Kak Safi.

Ha! Sebenarnya aku nak balik ke kampung. Yeay! Dah tak sabar nak jumpa dengan ummi. Kepulangan aku ke kampung kali ini, diikuti Kak Safi sekali. Bukan apa, kasihan Kak Safi, ibu bapanya berada di Arab Saudi atas urusan perniagaan selama 3 tahun. Jadi, tak dapatlah Kak Safi nak sambut Hari Ibu dengan ummi nya. Sebab itulah aku ajak Kak Safi sekali. Sekurang-kurangnya, dapat juga dia menumpang kasih ummi ku. Alaa, manalah tahu suatu hari nanti jadi ummi betul-betul ke kan?

Aku membuka pintu hadapan kereta Honda CRV milik Abang Syafiq. Baru sahaja aku hendak melabuhkan punggung di tempat duduk hadapan, Abang Syafiq segera menghalang.

“Dik, bagilah Kak Safi duduk depan. Please…” Pintanya.

“Apsal pula?” Soalku kembali. Sengaja mahu membuatnya terus merayu.

“Bagilah peluang kat abang dik. Adik tak nak ke kakak ipar macam Kak Safi, dik?” Abang  Syafiq mengenyitkan matanya. Amboi, gatal sungguh!

“Heehehe..yelah.”

Pantas aku menarik Kak Safi untuk duduk di hadapan.  Tersipu-sipu dirinya kerana diperlakukan sebegitu. Ya Allah! Kau ciptakanlah kasih di antara mereka.

*********************************************
Sampai sahaja di rumah, tidak kelihatan ummi mahupun abah. Mesti mereka berdua pergi ke kenduri kahwin ni. Aha! Sebenarnya aku, kak Safi, abah dan Abang Syafiq dah buat rancangan baik punya untuk ummi.
Aku berkira-kira, ummi dan abah akan balik dalam masa satu jam. Abah kata, hari ini ada banyak jemputan yang perlu dihadiri.

Kek untuk ummi telah pun aku buat di rumah. Kali ini aku telah membuat sebiji kek kegemaran ummi. Kek oren! Sedari dulu lagi, ummi sangat meminati kek oren. Katanya dia suka dengan haruman kek tersebut.
Kak Safi pula bertungkus lumus memasak di dapur. Bukannya aku tidak tahu memasak, namun, aku sengaja mahu memberi ruang dan peluang untuk Kak Safi menyesuaikan diri  di dapur rumah kami. Mula-mula memanglah kekok tetapi, lama-lama biasalah tu kan?

Aku sibuk menggantung belon di ruang tamu. Aku memandang ke sekeliling. Eh, mana pula Abang Syafiq ni? Rasanya tadi dia juga sedang sibuk menggantung belon di ruang tamu. Ini tak ada tempat lain yang di tuju, mesti dia kat dapur ni.

Berhati-hati aku membuka langkah kakiku. Tidak mahu di dengari Abang Syafiq mahupun Kak Safi. Senang kata, tak mahu kacau daun. Hehehe.

“Boleh ke Mak Cik Rahayu terima Safi?” Apa kena mengena dengan ummi aku pula ni?

“InsyaAllah, janganlah risau. Kalau memang Safi adalah takdir untuk abang, ummi mesti terima.” Pujuk Abang Syafiq.

“Tak terlalu awal ke, bang?” Kedengaran suara Kak Safi. Abang?? Errkk, macam ada yang tak kena je ni.

Aku tetap meningkatkan usaha untuk mencuri dengar perbualan mereka.

“Habis tu bila lagi? Atau sebenarnya..Safi tak sudi jadi isteri abang?” Damm!!! Aku rasa macam kena panah petir je bila mendengar butir-butir bicara Abang Syafiq.

“Jangan cakap macam tu! Safi sudi..” Tingkah Kak Safi dengan lembut.

Ya Allah! Alhamdulillah, kau telah mengabulkan doa hamba mu ini. Aku bersyukur sangat-sangat jika Abang Syafiq dan kak Safi mengikat  tali perhubungan yang sah.

“Ehem..ehem!!” Sengaja aku berdehem lantas, masuk ke dapur. Kononnya, mahu meneguk air.

“Eh,  bila masa… adik…turun?”  Soal Abang Syafiq tersekat-sekat.

“Baru je. Dalam 10 minit.” Jawabku selamba.

“Errr…dik..sebenarnya..”

“Ahahahaha!!! Dah kantoi!!” Jeritku.

Muka Kak Safi merona merah. Mungkin malu bila rahsianya terbongkar.  Kak Safi ni memang pemalu orangnya. Macam dalam lagu ‘Kalau Berpacaran’ tu, “kerna malu itu perisai orang beriman”



“Assalamualaikum…” Ummi memberi salam.

Kami bertiga mendiamkan diri.

“Adik! Syafiq!” Jerit ummi. Ummi kalau bab jerit-menjerit, memang tiada siapa yang boleh melawan.

Perlahan-lahan, aku, Abang Syafiq dan Kak Safi keluar dari dapur.

“UMMI!!!!” Jeritku bergabung dengan jeritan Abang Syafiq.

Aku dan Abang Syafiq memeluk ummi lantas mencium pipinya yang gebu.

“Selamat hari ibu, ummi! Semoga panjang umur.  Ummi adalah ummi yang terbaik di dalam dunia!” Ucapku. Ikhlas dari lubuk hatiku yang tidak pernah putus menyayangi ummi.

Terima Kasih ummi!! Terima kasih atas segala-galanya.  Terima kasih sebab sudi lahirkan adik atas muka bumi ini dan mendidik adik sehingga berjaya.

Terima kasih sebab ummi selalu gosokkan baju adik bila adik malas nak gosok. Ummi sentiasa faham kalau adik malas nak gosok baju.

Terima kasih sebab setiap pagi sediakan quaker oat untuk adik alas perut sebelum pergi sekolah. Walaupun, bila nampak quaker oat tu adik rasa macam nak mengamuk sebab adik tidak suka minum pagi tetapi, ummi tetap pujuk adik untuk minum.

Terima kasih sebab hari-hari isikan air dalam botol air adik yang 2 liter tu.  Ummi selalu marah adik kalau adik beli air kat kantin. Ummi kata adik tak boleh minum air kat kantin sebab tak berapa masak dan nanti adik akan mula terbatuk-batuk dan tercungap sebab adik ada sakit Athma. Adik akan selalu cakap yang air paling sedap dalam dunia ini adalah air yang ummi masak hari-hari tu. Kawan-kawan adik mesti  tergelak kalau adik cakap macam tu. Alaa, diorang tak tahu betapa sedapnya air yang ummi bekalkan untuk adik!

Terima kasih ummi sebab selalu ajar adik mengaji dengan tajwid yang betul setiap kali lepas solat maghrib. Rotan yang ummi gunakan itulah yang telah menjadikan adik johan tilawah al-Quran peringkat negeri 4 tahun berturut-turut. Hehehe.. Indahnya kenangan tu.

Terima kasih sebab ajar adik macam mana nak cari perkataan dalam kamus bahasa Inggeris. Kalau ummi tak ajar adik, mungkin sampai sekarang pun adik masih tidak tahu menggunakan kamus dwibahasa dengan betul.

Terima kasih sebab ummi telah lahirkan seorang juruterbang, seorang arkitek, bakal  doktor dan juga Eksekutif pemasaran. TERIMA KASIH UMMI!!!!!
SAYANG UMMI!!!!!!!!!!!!!!!!!

“Eh, siapa yang cantik ni? Bakal menantu ummi ke?”  Usik ummi. Usik ada makna tu.

Kak Safi menyalami tangan ummi lantas, menjeling ke arah Abang Syafiq.

“Ummi suka tak kalau dia jadi menantu ummi?” Soal Abang Syafiq. Ek eley, nak main tarik tali pula dengan ummi ya.

“Eh, mestilah suka. Ummi pun dah tak sabar nak dapat menantu.”  Wah! Ceria betul aku lihat senyuman ummi.  Yelah, ummi mana yang tidak suka kalau hendak mendapat menantu. Tambahan pula, menantu perempuan.

“Alhamdulillah. Adik? Bila nak bawa balik menantu untuk ummi dengan abah?” Soal abah. Abah ni memang tau, tak pandai nak berlapik langsung!

“Err..InsyaAllah tak lama lagi. Abah pula,bila nak bawa mak baru?” Hahahaha.  
Sengaja aku menyoal begitu. Abah tak akan berani untuk menambah cawangan kerana kasihnya hanya untuk ummi sahaja.

“Tak ada maknanya. Kasih sayang dan cinta abah hanya untuk ummi je.”  
Jawab abah jujur.  Tiba-tiba aku rasa yang abah aku ni romantik lah pula.

“Dengar tu abang! Dah kahwin nanti mesti setia macam abah!” Aku memberi 
peringatan kepada abang Syafiq.


Nantikan sambungannya....



Pesanan Penaja:

"Saya SAYANG ummi saya!!!"


0 comments:

Post a Comment